Knowledge Sharing
4 Sep 2008

bowling sekarang menjadi aktiviti harian aku, daripada bola plastic kemudian ke bola reactive dan bola ketiga aku sekarang ialah Black Widow Venom keluaran Hammer, kesemua bola berlainan beratnya, plastik ball 10lbs, reactive ball 12lbs, dan BW Venom 14lbs, bola yang selalu digunakan oleh aku sekarang ialah BW Venom dimana dengan bola ni gian aku bermain bowling aku semakin bertambah.
oleh sebab itu, dengan adanya bola yang boleh dikategorikan sebagai performance ball (BW Venom) maka haruslah aku belajar menjinakkan bola itu dengan stail aku bermain, setelah hampir 1 bulan aku berlatih, maka rasanya aku dah dapat cara itu menjinak bola tersebut, apa yang harus aku lakukan sekarang ialah make it consistant, so far scoring aku makin ok. ade peningkatan.
2 Sep 2008

Ini website layout terbaru untuk department saya, saya simplifykan layout dengan meletakkan semua shortcut kat satu web, less text more images, idea ni saya dapat daripada strategy yang diapply pada iPhone, saya tak advance dari segi coding and graphix, so impression untuk layout ni tadke la dapat sambutan sangat, cukupla sekadar memuaskan hati sendiri.
10 Aug 2008

Sudah lama aku tak amek gambar gune camera aku, so untuk aku aktif kembali dalam aktiviti photography ini aku telah mengeset tema aku kali ini dengan untuk mendapatkan gambar yang berkaitan dengan ‘urban exploration’
Jika sesiapa berminat untuk bersama aku bagi sesi tersebut boleh la hubungi aku.
TEMA : URBAN EXPLORATION
TARIKH : 16 Ogos 2008
MASA : 8.00 - 5.00
LOKASI : Bandaraya Kuala Lumpur
8 Aug 2008



Nampak pada barang - barang yang aku ada dalam bag tu konon macam dah pro je, haha… sebenarnya tak pun, aku baru je berjinak-jinak dalam bowling nih, dulu masa kerja kat kl boring-boring bule jalan kat kotaraya, sekarang bile dah kerja kat terengganu nih dah tau nak buat apa, nak bersessi fotography kat sini fotographernya sebok-sebok je tak kire masa, kira skill fotography aku kat sini mmg tak leh berkembang lah…. (alasan je) hehe..
semenjak budak-budak umah aku nih rajin ajak aku main bowling rasa cam seronok plak, sampai la satu hari tu aku dah tak leh nak kawal perasaan, rasa cam tak best je kalau tak campak bola bowling dalam sehari dua, nak kata power main tak jugak.
so bile dah terjebak tuh, macam biasa la, aku nih kalau dah minat tuh memang tak kira la, memang aku akan cari apa-apa yang patut untuk mengembirakan hati aku, so sebab tu la kamu semua dapat tgk apa yang terpampam kat gambar atas tuh.
so disamping keseronokan main bowling tuh, rasa tak best kalau cara main tak macam orang-orang yang berkaliber main. apa lagi, aku pergi la stadi kat perpustakaan aku, nak cari sifu tak tau, kalau tau pun derang nak caj. hurm.. pikir punya pikir last aku amek inisiatif belaja sendiri dulu kot kot la aku tak leh ikut baru aku cari sifu.
31 Jul 2008


gambar yang dipamerkan nih hanya untuk tatapan sahaja, tak ada maksut tersirat.
dalam gambar tu azmi dah hamidah diambil secara candid, tak berniat pun nak kenekan diaorang nih… masa tu aku tengah makan durian sambil-sambil tuh aku click je la shutter camera d50 aku yang tengah ter”on” tuh…
event nih jarang skali dibuat, masa tu aku tak tau yang kat pejabat aku nih wat event nih… kire tak berapa enjoi la aku dalam pesta makan kali ni sebab aku dah bantai 4 bijik durian sehari sebelom pesta. gamba pun aku tak amek banyak…
16 Jul 2008

Hi!, bagi sesiapa yang terkene jangkitan virus nih dan mencari solution untuk membasminya, bolela ikuti aturcara yang saya ingin kongsi bersama. Virus ini tidak merbahaya kepada sistem pc anda namun ianya sedikit kurang menyenangkan kepada anda semua kerana terdapat popup javascript yang akan timbul dan status - hanya kenangan di INSTEP terpapar setiap kali anda membuka pelayar internet ataupun dikenali internet browser.
Jika anda masih belum menjumpai kaedah membuangnya bolela ikuti langkah berikut (manual remover). Diingatkan, saya tidak akan bertanggung jawab keatas segala kerosakan yang berlaku kepada komputer anda.
29 May 2008

Hey budak - budak PTP-2, mesti kamu semua tertanya - tanya bagaimana result anda semester lepas kan? Secara amnya, anda perlu menelefon bahagian akedemik PTP untuk mengetahui result anda, walaubagaimana pun saya selaku kakitangan di INSTEP mengambil inisiatif untuk membina satu website di dalam server saya sendiri untuk kemudahan anda semua, jika terdapat kekurangan di dalam pembinaan web tersebut sama ada system atau layoutnya harap maaf kerana masa yang diambil untuk menyiapkan web tersebut kurang dari 3 jam. Jika berpeluang saya ingin menaik taraf web tersebut untuk kemudahan anda semua dah INSTEP.
Untuk menyemak keputusan peperikasaan peperiksaan semester 1 anda, sila click disini keputusan peperiksaan semester 1 untuk melayari website tersebut dan masukkan nombor pelajar dan kad pengenalan untuk melihat keputusan peperiksaan anda.
Selamat menyemak.
25 Apr 2008

whoaaa!!! iwangart.net register kat fotopages.com? kawan - kawan yang ada fotopages account harap - harap dapat add link saya dalam favorite anda yer, walaupun hasil saya tak sehebat yang diharapkan. iwangart.net mendaftarkan diri di fotopages kerana ramai kawan - kawan iwangart.net membuka account mereka disana, oleh sebab - sebab ingin melebarkan jalur rangkaian iwangart.net maka terhasilah http://iwang-art.fotopages.com. Namun sedikit rase tak best dengan account fotopages tersebut kerana nama iwangart tak dapat disatukan, terpaksa letak tanda “-” diantara iwang dan art.
Lepas ni byk perkara la iwangart.net kene udpate update, kat flickr, kat fotopages, kat iwangart.net .huhu alangkah bagusnya kalau tau macam mana nak guna RSS feed
25 Apr 2008

flash fotografi antara topic yang kebanyakan orang lemah dan tidak menguasai sepenuhnya penggunaan flash ini. Flash ini dicipta untuk membantu kita mendapatkan dan hasil foto yang lebih baik. Sekarang iwangart.net ingin berkongsi pengetahuan dalam penggunaan flash dalam fotografi ini. iwangart.net berharap ianya mudah untuk difahami dan dapat menguasainya bagi situasi-situasi tertentu. iwangart.net akan berkongsi beberapa langkah dah panduan bagaimana menggunakan flash anda untuk mendapatkan hasil yang lebih baik.
Kebanyakan antara kita mengatakan penggunaan flash dimasa kadar pencahayaan yang kurang seperti didalam rumah atau dewan ataupun diluar pada waktu malam. Benar, flash diperlukan pada masa tersebut. Walaubagaimana pun penggunaan flash tidak terhad pada waktu itu sahaja. Mari kita mulakan sekarang.
24 Apr 2008

Since I publish information for reinstalling GRUB I assume may be useful information also for reinstalling Windows MBR.
A) Using a DOS or Windows 9x/ME Boot Floppy
In case you have DOS or Windows 9x/ME on your system, you can use fdisk for this purpose. Create a rescue disk in DOS or Windows 9x/ME, use it to boot the computer, and execute fdisk as follows:
fdisk /mbr